Posted in Hal Ehwal Murid, Kokurikulum

Ceramah Kerohanian

Ceramah Sempena Bulan Bina Insan oleh Ustaz Khairuddin bin Datuk Abu Khair, Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) Negeri Melaka, di Surau At Taqwa SMTM.

9 tanda orang berakal ( Hamka ) :

  1. Sentiasa bermuhasabah diri.
  2. Selalu berbantah dengan diri sendiri dan menghukum diri sendiri sekiranya mendatangkan kecelakaan.
  3. Sentiasa menulis kekurangan akan dirinya
  4. Tidak dukacita apabila urusan dunianya tidak tercapai. Sebaliknya sabar dan redha.
  5. Mencari teman berakal.
  6. Hanya merindui tiga perkara – menyediakan bekalan hari kemudian
  7. Tahu membezakan manusia
  8. Tidak menjawab sebelum ditanya. Menjawab hanya yang perlu.
  9. Pandai membandingkan yang  belum ada dengan yang telah ada.

Orang yang berakal, luas pemandangannya kepada sesuatu yang akan menyakiti atau menyenangkan. Dia tahu memilih perkara yang memberi manfaat dan menjauhi sebaliknya. Dia memilih mana yang lebih kekal walaupun sulit jalannya. Dipandang keutamaan akhirat, lebih dari utama dunia. Mereka menimbang biarlah susah menempuh sesuatu perkara yang sukar asal akibatnya baik daripada perkara yang mudah tetapi akibatnya buruk.

Orang yang berakal selalu menaksir harga dirinya dengan menilik hari-hari yang telah dilalui . Kerana mahal atau murah harga diri manusia, baik waktu hidupnya, apalagi setelah matinya ialah menurut apa yang telah dibuatnya pada setiap hari yang dilaluinya itu. Dia insaf bahawa hari yang telah habis terbelanjakan untuk yang tidak perlu, tidak akan dapat ditebus lagi. Oleh sebab itu dilihatnya tahun berganti, bulan bersilih dan hari berlalu, dihitungnya baik-baik ke manakah dia telah pergi, apakah hasil kerjanya buat kemaslahatan (manfaat) dirinya sekurang-kurangnya atau kemaslahatan kepada masyarakatnya.

Orang yang berakal tidak berdukacita sebab ada cita-citanya di dunia yang tidak sampai atau nikmat yang meninggalkannya. Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya dengan tidak berasa kecewa dan tidak putus-putus berusaha. Jika rugi, tidaklah cemas, dan jika beruntung, tidaklah bangga.

Orang yang berakal tahu membezakan manusia, tiada canggung ke manapun dia bergaul. Manusia dibahagikannya kepada dua. Pertama, orang awam. Perkataannya dijaga, tiap-tiap kalimat yang keluar dari mulutnya dibatasnya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam! Kedua ialah orang yang khawas (golongan mukmin yang beramal semata-mata kerana Allah). Di sanalah dia merasai lazat ilmu. Kepada yang lebih dari dia, dia menimba ilmu. Kepada yang sama dengan dia, dia membanding.

Orang yang berakal memandang segala kesalahan itu besar adanya walaupun kecil di mata orang lain. Dia tidak mahu memandang kecil satu kesalahan. “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Tak ubah membiarkan kesalahan diri yang kecil itu dengan hikayat seorang nakhoda kapal yang membiarkan sekeping papan yang dimakan anai-anai termasuk di dalam dinding kapal, padahal dari sebab tercampur papan sekeping itulah yang menyebabkan karam.

Memang dari perkara yang kecil itu jualah biasanya timbul bahaya yang besar. Orang yang mati dibunuh nyamuk setiap tahun lebih banyak dari yang mati dibunuh singa. Penyakit yang berbahaya ialah daripada bakteria kecil, banjir besar datangnya dari kumpulan titisan kecil air hujan.

Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Tetapi kalau penyakit datang juga, walhal ubat telah sedia, dan bajunya kena hujan juga, walhal payung telah di tangan, tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan redha dan dicarinya juga usaha untuk mengatasinya.

Falsafah Hidup oleh HAMKA (1983)

Advertisements

Author:

Technical School established in 1974.

Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s