Posted in Akademik

PERUTUSAN PENGETUA SEMPENA PENGUMUMAN SPM 2016

Syukur Alhamdulillah setinggi kepujian kehadrat Allah swt.  Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM. Pada tahun 2016 seramai 282 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM dan SM Teknik sekali lagi mengekalkan pencapai 100% lulus. Pencapaian pada tahun ini lebih baik berbanding tahun 2015. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 3.61, lebih baik berbanding SPM 2015 (3.87). Pada tahun ini juga 3 orang pelajar telah berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil. 3 orang pelajar berkenaan adalah Muhammad Danial Bin Shuhaimi ( 5 Perdagangan ), Nur Farrah Izzati Binti Yusri ( 5 Awam 3 ) dan Ahmad Faez Bin Abdul Khalil ( 5 Mekanikal 2 ).

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu dalam membimbing, mendidik dan mengasuh anak-anak murid di SM Teknik Melaka sehingga memungkinkan kejayaan ini dicapai. Terima kasih juga kepada semua staf sokongan yang turut sama menjayakan apa juga program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepad PIBG dan semua rakan ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah. Semoga kerjasama seperti ini akan terus berkekalan pada masa akan datang untuk membolehkan kita memperoleh pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.

Perbandingan Pencapaian SPM 2015 dan 2016

2015 2016
Bilangan Calon 289 282
% Lulus 100 % 100%
GPS 3.87 3.61
10A 0 3
9A 3 4
8A 4 7
7A 5 16
6A 22 16

Haji Karim bin Tumin
Pengetua

 

Ucapan YDP PIBG, Encik Ahmad Misbah.
Pelajar-pelajar yang mendapat 6A hingga 10A bersama pentadbir.

 

Advertisements

Author:

Technical School established in 1974.

Terima kasih.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s