Posted in Akademik, Staf

Sambutan Hari Guru 2018

Bertemakan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan, di peringkat SMTM Sambutan Hari Guru di peringkat SMTM telah berlangsung meriah. Perarakan masuk guru-guru bermula jam 8 pagi dengan masing-masing memakai pakaian yang bertemakan ARABIAN DAY. Perutusan demi perutusan telah diperdengarkan berselang seli dengan nyanyian beramai-ramai lagu KAMI GURU MALAYSIA, upacara memotong kek dan persembahan pelajar.

Usai sahaja majlis di dewan, berlangsung pula acara sukaneka santai membabitkan guru dan pelajar. Majlis sambutan diakhiri dengan jamuan makan istimewa untuk guru di Dewan Makan sekolah

DSC_0038DSC_0047DSC_0076DSC_0124DSC_0141DSC_0225DSC_0235DSC_0243

Advertisements
Posted in Akademik, Staf

Majlis Perpisahan Tuan Haji Hasanuddin bin Adenan

Pada 30 Mac yang lalu, telah berlangsung majlis perpisahan untuk Al Fadhil Tuan Haji Hasanuddin bin Adenan yang akan berpindah ke Sekolah Menengah  Tahfiz Al Quran JAIM Chenderah, Jasin. Guru agama yang disanjung tinggi ini akan terus diingati oleh setiap warga SMTM . Budi dan jasa ustaz akan tetap di dalam ingatanDSC_0546DSC_0555DSC_0573DSC_0583

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera.

Setinggi tinggi kepujian kehadrat Allah swt atas limpahan rahmat dan kasih sayangnya maka kita semua dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa. Bagi pihak sekolah saya ingin mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang kepada semua warga SM Teknik Melaka, guru, murid-murid dan  rakan ibu bapa.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan telah memberikan kebenaran untuk sekolah bercuti lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri  1438H iaitu pada 23 Jun 2017. Untuk makluman rakan ibu bapa, pelajar yang tinggal di asrama akan mula pulang ke rumah pada 22 Jun 2017 ( Khamis). Pada hari berkenaan ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan pertengahan tahun bermula jam 10.30 pagi dan selepas itu boleh membawa anak pulang. Maklumat tentang perkara ini telah dimaklumkan kepada pelajar. Sesi persekolahan akan bermula pada 3 Julai 2017 dan pelajar yang tinggal di asrama perlu balik ke asrama pada 2 Julai 2017 sebelum jam 6 petang. Adalah diharapkan makluman ini dapat membantu rakan ibu bapa merancang perjalanan sepanjang cuti perayaan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin kepada semua rakan ibu bapa. Semoga keberkatan di bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang ini akan dapat meningkatkan ukhwah dan sillaturrahim sesama kita. Saya juga menyeru agar kita dapat memberi keutamaan kepada keselamatan anak-anak kita disepanjang cuti perayaan ini. Akhir kata marilah sama-sama kita berdoa agar semua ibadah yang kita laksanakan disepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah…

Sekian, terima Kasih,,,, 

“  Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin”
HAJI KARIM TUMIN

Pengetua

Salam Ramadan Ibu Bapa dan Pelajar