Citra

Lencana :

Lagu Sekolah :

Menjunjung Lambang

Kami pelajar sekolah Teknik Melaka
Berikrar penuh azam dan cita
Sentiasa tekun usaha jaya
Ilmu dituntut setiap masa

Kami setia menjunjung lambang
Semangat cekal dalam berjuang
Bersatu bekerjasama
Menuju bakti Alma Mater.

Lirik : Mohd Naseh Mokhsan / Nadzri Basiron
Muzik : Lim Ong Kim

Sejarah Sekolah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Melaka Bukit Piatu (SMTM ) terletak di Bukit Piatu iaitu lebih kurang 5 km dari Bandar Melaka dan berkoordinat: 2°12’33″N 102°16’25″E.

Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973.

Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pengetua Pertama ialah En Abd Rahim bin Yaakub. Buat permulaan kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Kejenteraan Mekanikal – 2 kelas dan Binaan Bangunan – 2 kelas untuk Tingkatan 4.

Pada tahun 1975 sekolah ini telah membuka lagi kelas Tingkatan 4 iaitu 2 lagi kelas Kejenteraan Mekanikal, 2 kelas Binaan Bangunan dan sebuah kelas Sains Pertanian. Tawaran kursus semakin bertambah dan berubah dari masa ke semasa seperti Kursus Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera dan Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984.

Kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka pada tahun 1976. Setelah ditutup untuk beberapa tahun kerana kekurangan pelajar, pada 2008 kelas tingkatan enam dibuka semula sehingga kini. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini.

Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ketika itu – Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

Daripada perspektif perkembangan fizikal, pada peringkat awal sekolah ini mempunyai Blok Pentadbiran, 10 bilik darjah, 1 makmal Kimia, 1 makmal Fiziks, 1 makmal Biologi, Blok kejuruteraan, Blok Binaan Bangunan, Blok Pertanian, Blok Elektrik, dua bilik lukisan kejuteraan dan binaan, 1 bilik perpustakaan, 2 blok asrama putera (6 Kamar),1 Blok asrama puteri sebuah dewan makan asrama/kantin, sebuah kediaman Pengetua dan 1 blok rumah pekerja. Kini kemudahan fizikal semakin bertambah.

Dari segi kemudahan bersukan, terdapat sebuah padang bola sepak, bola jaring, 2 gelanggang sepak takraw dan 1 buah gelanggang bolat ampar.

Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru.

Pada tahun 1999, SMKTBP menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Secara keseluruhannya…SMKTBP kini sudah berwajah baru dan moden.

Bendera Sekolah :

BENDERA

Bendera Sukan Rasmi :

BENDERA-SUKAN-RASMI-2011

Konsep dan reka bentuk bendera Kejohanan Sukan : Cikgu Daud bin Mijan.

Empat warna gear mewakili empat rumah sukan.

Merah – rumah Delima
Biru – rumah Nilam
Kuning – rumah Topaz
Hijau – rumah Zamrud

Terima kasih.

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s