Polisi

VISI KPM ( KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA )
Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera.

MISI KPM
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


VISI BPTV ( BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL )

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul

MISI BPTV

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti


 VISI JPNM ( JABATAN PELAJARAN MELAKA )

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI JPNM
“Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

MATLAMAT JPNM

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara; dan Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

SLOGAN JPNM

“Berfikir Bagaimana, Bertindak Segera”

KEPERLUAN KENYATAN DASAR KUALITI JPNM

Kenyataan Dasar Kualiti dibuat bagi memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka untuk memastikan sistem kualiti yang menyeluruh dan berterusan dapat diterapkan di dalam tugas mereka. Kenyataan ini juga merupakan garis panduan pelaksanaan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi menjelaskan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya dapat memahami dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pelaksanaannya.


VISI SEKOLAH

Menjadi sekolah berprestasi tinggi (SBT) menjelang 2023

MISI SEKOLAH

 Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang terbilang.
 Memantapkan nilai kerohanian bagi mewujudkan sahsiah terpuji.
 Menjana kokurikulum terancang bagi membentuk individu berwatak dan gemilang.
 Menyedia prasarana yang lengkap bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
 Mewujudkan jaringan dan jalinan berkesan bagi memantapkan kecemerlangan sekolah.