Posted in Akademik, Penting, Umum

PERMOHONAN MASUK KE SMT/KV SESI 2022

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Peringatan mesra untuk tarikh tutup permohonan ke Tingkatan Empat (4) / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) sekolah – sekolah khusus (SBP / SMKA / KV / SMT / MTD ) Tahun 2022 ialah pada hari ini 15/11/2021.

Kepada yang berminat dan masih belum mendaftar boleh layari laman sesawang melalui pautan link di bawah untuk permohonan sesi 2022.

https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm

Posted in Hal Ehwal Murid, Penting, Umum

Pemakluman “One Stop Center” SMTM

Bagi memudahkan ibu/bapa penjaga dan pelajar merujuk sebarang maklumat penting berkaitan asrama/sekolah, satu laman web telah dibangunkan oleh guru IT SMTM. Sebarang maklumat yang berkaitan pendaftaran masuk asrama/ pembayaran yuran boleh dirujuk di link di bawah.

https://mylink.la/teknikmelaka

Posted in Penting, Umum

Panduan Pergerakan Pelajar Ketika Mendaftar Masuk Asrama 17.10.2021

Selamat Kembali ke Sekolah untuk anak-anak didik SMTM. Sama-sama kita praktikkan norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19. Semoga kembali dengan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu di SMTM.

Berikut disertakan pautan link bagi memberi gambaran awal proses pendaftaran asrama pada hari kejadian.

https://www.facebook.com/SMTMelaka/videos/346141167198556

#kitajagateknikmelaka

Posted in Penting, Umum

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN NORMA BAHARU 2021

Assalamualaikum semua ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 5 SPM 2020

Semasa pendaftaran anak di asrama, sila pastikan patuhi SOP, bekalkan ubat peribadi, hand sanitizer, pelitup muka, wang saku, bekalan makanan kering secukupnya dan sejadah bersaiz besar.

  1. Periksa suhu badan semasa di Pos Pengawal.
  2. Pelajar bergejala dan tidak sihat tidak perlu hadir.
  3. Sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan “hand sanitizer”.
  4. Dilarang membawa barangan terlarang.
  5. Kumpul semua beg dan barangan kering kecuali makanan di parkir depan Dewan Wawasan untuk proses sanitasi. Ambil semula selepas 30 minit.
  6. Hanya pelajar sahaja mendaftar.
    Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan mengiringi anak.
  7. Jaga penjarakan fizikal semasa urusan pendaftaran.
  8. Serahkan borang saringan kesihatan kepada guru tingkatan.
  9. Semak bayaran lebihan makan asrama atau tunggakan tahun 2020. Semak juga jika ada status sumbangan PIBG dan “Tuisyen Berbayar” kepada yang terlibat (RM60.00/mata pelajaran) tahun 2020 yang tertunggak.
  10. Selesaikan perkara 9 dengan guru tingkatan.
  11. Daftar untuk sesi 2021 dan buat bayaran semasa ikut kemampuan. Tiada sumbangan PIBG tahun 2021.
  12. Selesaikan urusan dengan pihak koperasi.
  13. Selesaikan urusan asrama.
  14. Masa dicadangkan penjaga berada di sekolah sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.

Harap maklum, dan sila patuhi SOP yang di sediakan. Bersama #kitajagakita #kitajagateknikmelaka

Posted in Hal Ehwal Murid, Komuniti, Penting, Umum

Lawatan Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah oleh PPD Melaka Tengah

Dua orang pegawai PPD Melaka Tengah telah turun untuk memantau sejauh mana kesiap sediaan SMTM menjelang pembukaan semula sesi persekolahan 24 Jun nanti.

Nyata mereka berpuas hati dengan kebersediaan SMTM dari segi fizikal dan prasarana dan memuji tindakan segera dan kolektif yang dipacu oleh barisan pentadbir sekolah.

Bersama Mencegah Penularan Covid-19

#CegahCovid19

#KitaJagaTeknikMelaka