Posted in Hal Ehwal Murid, Penting, Umum

Pemakluman “One Stop Center” SMTM

Bagi memudahkan ibu/bapa penjaga dan pelajar merujuk sebarang maklumat penting berkaitan asrama/sekolah, satu laman web telah dibangunkan oleh guru IT SMTM. Sebarang maklumat yang berkaitan pendaftaran masuk asrama/ pembayaran yuran boleh dirujuk di link di bawah.

https://mylink.la/teknikmelaka

Posted in Akademik, Hal Ehwal Murid, Staf, Umum

Majlis Lambaian Kasih Tuan Haji Abdul Razak bin Dawam dan Puan Saripah Daud

Selepas tertangguh beberapa kali, akhirnya Majlis Lambaian Kasih meraikan dua orang guru SMTM yang telah berpencen Tuan Haji Abdul Razak bin Dawam dan Puan Saripah binti Daud dapat dijalankan dengan sederhana tapi meriah.

Di dalam ucapan mereka, mereka menyorot segala kenangan pahit manis sepanjang perkhidmatan mereka di SMTM yang menjangkau lebih 25 tahun.

Mereka bersama pasangan telah diarak dengan beca di sekeliling SMTM sebelum turun ke monumen khas yang telah disediakan khas untuk mereka iaitu Laman Shiffah dan Laman Harmoni.

TERIMA KASIH TUAN HAJI RAZAK DAN MAK PAH !!