Assalamualaikum semua ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 5 SPM 2020
Semasa pendaftaran anak di asrama, sila pastikan patuhi SOP, bekalkan ubat peribadi, hand sanitizer, pelitup muka, wang saku, bekalan makanan kering secukupnya dan sejadah bersaiz besar.
- Periksa suhu badan semasa di Pos Pengawal.
- Pelajar bergejala dan tidak sihat tidak perlu hadir.
- Sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan “hand sanitizer”.
- Dilarang membawa barangan terlarang.
- Kumpul semua beg dan barangan kering kecuali makanan di parkir depan Dewan Wawasan untuk proses sanitasi. Ambil semula selepas 30 minit.
- Hanya pelajar sahaja mendaftar.
Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan mengiringi anak. - Jaga penjarakan fizikal semasa urusan pendaftaran.
- Serahkan borang saringan kesihatan kepada guru tingkatan.
- Semak bayaran lebihan makan asrama atau tunggakan tahun 2020. Semak juga jika ada status sumbangan PIBG dan “Tuisyen Berbayar” kepada yang terlibat (RM60.00/mata pelajaran) tahun 2020 yang tertunggak.
- Selesaikan perkara 9 dengan guru tingkatan.
- Daftar untuk sesi 2021 dan buat bayaran semasa ikut kemampuan. Tiada sumbangan PIBG tahun 2021.
- Selesaikan urusan dengan pihak koperasi.
- Selesaikan urusan asrama.
- Masa dicadangkan penjaga berada di sekolah sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.
Harap maklum, dan sila patuhi SOP yang di sediakan. Bersama #kitajagakita #kitajagateknikmelaka
You must be logged in to post a comment.